{Missing
You}



note.
erm, im on a hiatus. so sorreh. hehe

twitter


Sunday, December 30, 2012
Segmen Whoopers - Protect My Bias, 11:17 PM, 0 comments


click here to join ^^

Assalamualaikum. Wahhhh, ehem ehem. lama tak online kann? HAHA, well.  malas actually. -.- Hari ni fatin nak buat Segmen Whoopers yang dibuat oleh Unnie Darla. Actually, fatin tak reti nak reka nickname ni jadi hentam je lahhh ehh? Jangan peduli segala typo yang ada. HAHA, lol. Let's Start.

6 ultimate bias with their nickname :-

A - Doll
B - Derpy
C - Panda
D - Virus Sepet
E -  Pisang
F -  Natural Face

How do you know them  :-

A - Twelve : Fatin kenal diaorang masa comeback kedua diaorang 2010. HAHA, masa mula mula dengar lagu tu dah terpikat dah. Hoho. Dan orang pertama yang fatin nampak adalah mamat ni. Sooo, fatin carilah bio group ni dengan mamat ni. Then fatin tengok variety show mereka. HAHA, semua member best. Fatin pun sangkut kat mereka sampai sekarang. Tapi ada sebab tau kenapa lama sangat fatin sangkut kat mereka. Pernah sekali tu, Fatin baru lepas kena marah. Fatin kalau marah memang diamkan diri pastu dengar walkman. Fatin tak kisah pun lagu apa yang dimainkan. Bila tekan button play, terus keluar lagu yang fatin suka. Masa tu fatin tersenyum je. Dah habis lagu tu, fatin ingat lagu lepasnya lagu group lain. Tapi silap. Lagu yang kedua tu betul betul buat fatin happy. Tak pernah fatin minat group lain macam ni. 

B - Derpy : Haaa, fatin kenal dia diaorang masa debut. HAHA, yeayy ^O^ fatin suka group ni. Lagu debut pulak fresh. Muka first yang fatin tengok dialah. Alahai, comel jeee. Eyesmile pulak tuu. HAHA, dia rapat gila dengan member yang lain. Dah lah suara sedap *u* tapi bila tengok variety show, haha. lain yang amat dia ni dengan kat video. Derp habis lahhh. HAHA, dah lah pemarah. *u* ehhh, lagu comeback yang baru ni pun sedap. Manly jee. HAHA

C - Panda : Mata dia kannn, bengkak gila. Macam tak cukup tidur. LOL, semua artis tak cukup tidur actually. HEHE. Haaa, ni rasanya comebak kedua. Mereka baru je debut tahun ni. Semua member hensem. Terutama dia ni dengan dua orang lagi. HAHA, fatin tak tengok variety show mereka. Sebab malas. HAHA, ape lahhh. Tapi fatin tengok merek punya dance practice. Banyak kali fatin ulang ulang ulang. Kelakar gila. Dia ni pulak banyak main. U.U tapi hensem. Haaa, bulan 12 hari tu birthday dia. Ada seorang fan ni kannn, wish dia. Dia replyyyyyyyyyyy. wuuuuu, bestnyaaaaa. Fan ni pun tweet dengan bias fatin dalam group ni tapi yang lagi satu. Dia reply jugakkkkkkk. Uwaaaa, bestnyaaaa. 

D - Virus Sepet : Okay, fatin tak minat group ni masa comeback. Tapi fatin suka lagu comeback tu. Faham takk? HAHA, fatin tak minat sebab kawan cakap mereka gedik. Sooo, sebab terpengaruh. tak minat jugak lahhh. HAHA, tapi lama lama fatin minat mereka. Alahai, semua cantik cantik belaka. Virus ni pun fatin tak minat dulu. Sebab mula mula fikir suara dia tak sedap. Lama lama fatin suka jugak. HAHA, dia ni sangat comel. dia tak aegyo banyak punnn. Wuuu, fatin sayang group ni ^O^

E - Pisang : Fatin sukaaaaaa group ni. Mereka baru debut. Seriusly, mula mula fatin tengok group ni kat MuBank rasanya. Comeback yang kedua. Lagu sedapp gila. Masa ni tak tengok MV pun lagi. Fatin tertengok dia. Tengok je dia ni, Fatin macam "Wahhh, muka macam Barbie" HAHA, betul. Tak tipu. Lepas tu fatin tengok lah MV mereka. Baru tau yang dia ni leader. Haishhh,  muka punyalah comel, tengok tengok leader. HAHA, fatin pun suka semua member dalam group ni. Fatin download semua lagu group ni kecuali lagu masa debut. HAHA, apelahhh.

F - Natural Face : Dia ni sama group dengan E. HEHE, dia tak ada masa fatin tengok kat MuBank. Fatin tengok dia kat MV. Fatin cari bio group ni dan jumpa bio dia. Dia ni kannn, sangat comel dan cantik dan humble. AAAAAAAAAA, semua suka dia. Dia ni kan, fatin rasa tak suka pakai make up. Sebab dia punya make up kurang sangat. Tengok variety show dia pun fatin laaagggggiii suka dia. Comel jee. Aegyo dia peace jee, tak buat pun muka kembung semua tu. Wuuuuu *O*


Andaikan bahawa C dan D hampir dilanggar kereta dan hanya mampu selamatkan seorang sahaja.  Siapakah yang and akan selamatkan? Megapa?

Susahnya soalan. Fatin rasa fatin akan cuba selamat kat both? Tapi immposible lahh. Rasanya D sebab fatin sayang dia. Kalau dia jadi best ferin fatin pun fatin akan selamatkan dia. C pulak fatin akan tolong tapi selepas kena langgar. HAHA, ye lahhh, dah langgar, mana sedar. Jadi masa tu fatin akan ambil kesempatan untuk tolong C selepas berjaya menolong D. 

Sekiranya anda menyaksikan lelaki B melamar perempuan F dengan mata anda sendiri, apakah yang akan anda lakukan? Sudikah anda melihat mereka bersatu?

Kejappp, nak berangan. HAHA XD hmmm, rasanya fatin support. Fatin tak kisah. Kalau jodoh tak kemana kann? Walaupun nanti hati sendiri yang kecewa habis. Ada quote ni cakap "putus cinta maksudnya mulakan cinta baru" Sooo, kita kenalah percaya dengan jodoh kita ^^

Pada suatu hari, and berlegar di kawasan dorm kumpulan A dan anda terlihat kepulan asap keluar dari arah tingkap bilik mereka. Apakah tindakan pertama anda? Ceritakan situasi anda ketika itu

Angin sepoi sepoi bahasa bertiup lembut pada mukaku. Matahari pula tak pernah jemu memancarkan cahayanya. Cuaca pada hari ni sungguh lain daripada yang lain. Aku sedang berjalan di sepanjang dorm Patung sambil mendengar walkman kesayanganku. Sejujurnya, aku tidak mahu diganggu kerana suasana yang ku rasa ni sungguh tenang berbanding hari hari yang sebelumnya. 

Apabila aku hampir sampai ke dorm Patung, aku terbau sesuatu yang terbakar. Cepat cepat aku menanggalkan earphone aku dah berlari ke dormnya. "Urgh, apa yang korang buat ni" kataku dalam hati sambil berlari menuju ke dormnya. 

Aku terus membuka pintu bilik mereka tanpa mengetuk terlebih dahulu. "Korang buat apa ni? Korang bakar apaaa? Urghh, cepatlah keluar. Nanti api marak," kataku sambil menarik lengan baju Patung terlebih dahulu.

"Ehhhh, siapa awak ni? Awak kenapa tarik tangan saya?" soal Patung sambil melepaskan lengannya daripada genggamanku.

"Kejappp, AAAAAA, korang buat apa tadi? Kenapa ada asap banyak ni? Bukan ada kebakaran ke?"

"Ohhhh, kami memasak. Awak ingat apa?" balas Patung sambil tergelak.

Aku tergamam. Aku dah salah anggap lah. Alahai, malunya. Secara tiba tiba mukaku menjadi merah. "Oh, m-m-macam tu. Erm. T-tak a-a-apaa lah. S-s-saya pergi dulu. ehh, selamat menjamu selera." automatik aku menjadi gagap kerana menahan malu yang amat. Cepat cepat aku berlari keluar dari dorm Patung.

Tiba tiba, aku merasakan lengan bajuku ditarik lembut dari bekang. Lambat lambat aku berpusing. "Terima kasih ya sebab risaukan kami" kata patung sambil tersenyum manis. 

"A-a-ahhh, o-o-kay. S-s-sama sama" balasku sambil melarikan mukaku. Aku tak berani memandang mukanya kerana malu yang amat. Hati aku pulak berlari habis. Apakah perasaan ini?

"Oh ya, apa nama awak?" soalnya selepas tergelak manis menandang perlakuanku.

"H-h-huh? F-f-fatin," balasku malu - malu.

"Saya akan pastikan kita akan berjumpa lagi lepas ini," katanya sambil terseyum manis dan berlalu pergi.

Aku hanya memandangnya selepas dia berlalu. Kelihatan member member yang lain pula menlambaikan tangannya ke arah aku sambil senyum. Aku hanya membalas dengan senyuman yang paling manis. Dan semestinya aku menunggu saat "KAMI" akan berjumpa lagi.

Anda baru sahaja memenangi hadiah makan malam bersama C dan ianya pada hari yang sama konsert E julung kali adakan. Sanggupkah anda memilih antara C dan juga E? Apakah jalan terbaik yang anda akan pilih

Rasanya Fatin akan pergi dua dua. Fatin akan makan malam dengan C dulu. Bestnya kalau dapat makan malam. pastu selca sesama. pastu cakap macam macam. Uwaaaaaaaaa. Makanan nati tu mesti high kelas kannn? Wuuu, dapnyaaaa *O* dah habis semua tuu, fatin pergi lah konsert E. E kan baru debut, so. tak ada lah susah sangat. HEHEHE.

Bayangkan anda adalah pengurus D dan and telah mengenali D selama 3 tahun. D memberitahu anda bahawa dia mempunyai masalah dengan teman lelakinya. Anda juga tahu bagaimana luaran dan dalaman teman lelaki D. Anda juga pernah melihat teman lelakinya bersama perempuan lain tetapi anda hanya berdiam diri selama ini. Sebagai seorang pengurus serta sahabat pada D, bagaimanakah anda membantu dalam menyelesaikan masalah tersebut?
 Sebagai seorang pengurus. Fatin rasanya akan suruh mereka berbincang. Maybe perempuan tu sebenarnya cousin ataupun kawan rapat ataupun family dia. Kalau D tak percaya dan tak suka teman lelaki dia dahh, fatin support lah dia untuk break.

Sebuah rompakan telah berlaku di bank KKK. Anda bersama B, E dan juga F dijadikan tebusan dalam rompakan tersebut. Ceritakan situasi anda sehingga rompakan itu berakhir dengan menggunakan imaginasi anda.

 Sejak aku berada dalam bank ini, hatiku mula rasa tak sedap. Tambah tambah lagi, Derpy, Banana dengan Natural Face masuk. Aku dapat merasakan sesuatu yang buruk bakal terjadi. Haishhh, ramainya orang serbu mereka. Tiba tiba, sekumpulan lelaki bertopeng masuk ke dalam bank. Salah seorang daripadanya menarik aku ke dalam pelukannya sambil mengacukan pistol. Perompak?! Malangnya nasib.

"Jangan bergerak. Kalau tak aku bunuh minah ni!" jerit perompak itu. Perompak tersebut menyuruh aku menghampiri Derpy, Banana dengan Natural Face yang juga menjadi tebusan sepertiku. Kami diikat bersama.

"Ahhh, annyeonghaseyo," kataku sambil menundukkan kepalaku kepada mereka. Mereka pulak hanya tersenyum kekok. Mungkin pelik melihat gelagatku. Aku hanya berdiam diri selepas itu.

Ah! Tiba tiba aku teringat bahawa aku ada terbawa pisau mini dalam poketku. Aku cuba mengambilnya dengan segala kudrat yang ku ada. Akhirnya aku dapat pisau mini tersebut. Aku memotong tali tersebut secara senyap dan diam. Derpy, Banana dan Natural Face agak terkejut dengan tindakanku namun aku cepat cepat menolong mereka pula.

"Ermmm, awak ada phone? Cuba call polis senyap senyap. Awak tak perlu cakap sebab nanti perompak tu sedar pulak. Awak tolak ke sana," cadangku kepada Derpy. Dia hanya mengiakan sahaja.

Selang beberapa minit, kedengaran bunyi siren polis. Akhirnya, kami semua terselamat. Sesungguhnya aku sangat bersyukur aku selamat.

"Emmmmm, terima kasih ya selamatkan kami," kata Natural Face sambil tersenyum memandangku.

"Eh? Sama sama. Maaf, saya kena pergi dulu. Bye! Harap awak semua menjadi artis yang berjaya," kataku lalu berlari balik ke rumah.

- TAMAT _ಠ-

← Newer PostOlder Post →